02.02.2012
ya Allah ya Rahman ya Rahim
aku menadah tangan kecilku memohon kepadamu
perkenankan lah doa ku
ABAH
kekasih sejati kepada isterinya
bapa cemerlang kepada anak2nya
abang yang cekal kepada adik2nya
permata buat semua
ya Allah
aku bermohon kepadamu
dari lubuk hati ku yang paling dalam
peliharalah tangannya
kerana tangan itu aku besar dan dewasa
peliharalah kakinya
kerana kaki itu yang menghantar ku kepada ilmu
peliharalah wajahnya
kerana riak senyuman itu aku faham hatinya
peliharalah usianya
kerana aku masih ingin membalas setiap titik peluhnya
ya Allah ya Rabbul Alamin
kurniakan lah abah
dengan kebahagiaan dan keceriaan yang terdaya aku sampaikan
hadiahkan lah abah
semerbak jannah terulung
limpahilah abah
dengan kasih sayang dan cinta yang ada untuk hari ini dan sentiasa ada
seperti aku menyayangi dirinya tanpa sempadan....
SELAMAT HARI LAHIR ABAH
KAMI SAYANG ABAH SELAMANYA...